Saturday 2 April 2011

Roti Bentuk Organ Manusia

Apa yang menarik ialah sebuah kedai roti di China didapati membuat roti dengan pelbagai bentuk organ manusia .Roti ini dihasilkan betul-betul iras organ yang ada pada manusia..Cuba tengok dan bagi komen agak2 klau ada kat Malaysia ini korang makan tak??hehe..








Apamacam best tak??

IronMan versi Bollywood:RA.One (Random Access One)

Dunia perfileman bollywood sekali lagi tampil dengan membawa kelainan apabila berjaya menghasilkan sebuah filem berunsur aksi seakan filem Ironman di Hollywood.Filem ini dikatakan menelan belanja paling mahal dalam dunia perfileman Bollywood dengan kos sebanyak USD 25 juta.Superhero bagi filem ini ialah dibintangi oleh Datuk Shah Rukh Khan,ia turut dibintangi oleh Arjun Rampal dan Kareena Kapoor.




Adakah filem ini akan menjadi fenomena keatas dunia perfileman Bollywood dan akan mencapai box Office??Nantikan di Pewagam terdekat anda kerana ia turut ditayangkan di beberapa pewagam seluruh dunia..

Wednesday 30 March 2011

Mati Ketika Mencuri Besi Buruk



                                                     Anggota Polis mengangkat mayat mangsa


Rawang: Seorang lelaki melecur hampir 40 peratus setelah didapati terkena renjatan elektrik akibat daripada mencuri besi buruk di atas gerabak kereta api yang tidak digunakan di Rawang awal pagi semalam.


Mangsa bersama dua rakannya dipercayai menceroboh masuk ke kawasan Stesen Komuter Rawang, di sini, semalam, untuk mencuri besi buruk daripada gerabak kereta api yang tidak lagi digunakan di kawasan itu sebelum terkena renjatan elektrik bervoltan tinggi. 


“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk bedah siasat dan identiti mangsa belum dikenal pasti,” katanya.

Difahamkan, polis tidak menemui peralatan untuk memotong kabel di sekitar tempat kejadian dan situasi itu menunjukkan kemungkinan mangsa bersama dua rakannya mahu mencuri besi buruk dan bukan mencuri kabel.

Sementara itu, Pengurus Kanan Komunikasi Korporat KTMB, Mohd Fazil Ismail berkata, pihaknya difahamkan mayat mangsa ditemui dalam keadaan keseluruhan anggota badan terbakar teruk.