Wednesday 30 March 2011

Mati Ketika Mencuri Besi Buruk



                                                     Anggota Polis mengangkat mayat mangsa


Rawang: Seorang lelaki melecur hampir 40 peratus setelah didapati terkena renjatan elektrik akibat daripada mencuri besi buruk di atas gerabak kereta api yang tidak digunakan di Rawang awal pagi semalam.


Mangsa bersama dua rakannya dipercayai menceroboh masuk ke kawasan Stesen Komuter Rawang, di sini, semalam, untuk mencuri besi buruk daripada gerabak kereta api yang tidak lagi digunakan di kawasan itu sebelum terkena renjatan elektrik bervoltan tinggi. 


“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk bedah siasat dan identiti mangsa belum dikenal pasti,” katanya.

Difahamkan, polis tidak menemui peralatan untuk memotong kabel di sekitar tempat kejadian dan situasi itu menunjukkan kemungkinan mangsa bersama dua rakannya mahu mencuri besi buruk dan bukan mencuri kabel.

Sementara itu, Pengurus Kanan Komunikasi Korporat KTMB, Mohd Fazil Ismail berkata, pihaknya difahamkan mayat mangsa ditemui dalam keadaan keseluruhan anggota badan terbakar teruk.